Tadi aku keluar makan dgn dia mcm biasa..tu adalah rutin harian ku..
Kitorang nak g makan KFC kat carefour..Sb situ dapat minta ayam yang kita nak..
So,mcm biasala dia akan jemput aku depan kolej kediaman aku..
Tapi bila aku tengok je muka dia,aku dah dpt jangka
yang dia akan membawa aku ke alam masalahnya yang xpernah2 selesai..hehe.
tapi aku dah macam xkesah..sejak sminggu yang lalu
perasaan sayang aku padanya dah mula dapat aku kawal kepada sekadar kawan baik je..
lagipun aku memang xde pakwe pun,so dia je la kawan baik yang aku ada..
kami terlalu rapat dan cara pemikiran kami terlalu sama..
ibarat 2 in 1..tapi beza nya cuma 2,
aku gadis dia jejaka, aku penyabar tp dia mmg xsabar..hehe.
sb persamaan yang terlalu banyak ni lah yang membuat perasaanku
kadang2 berubah sekadar kawan baik je..huhuhu..
tapi btul ke?? mulut aku cuba menafikan kata hati ku..
bleh aku anggap dia sbagai kwn baik?
malam ni dia meminta aku lakukan sesuatu yang agak x masuk akal
xsemua prempuan ada kekuatan untuk lakukan ni semua...
tapi aku cuba wat xkesah dan anggap yang aku lakukan demi kawan aku..
dia nak aku call gf dia n gitau yang kitorang x ada apa2 hubungan..cuma kawan biasa.
memang pedih kalau semua ni berlaku 2 minggu yang lepas..
tp ni smua berlaku skrang,so xla aku sedih sangat..
tadi bila aku cakap dengan gf dia,aku jadi xsampai hati plak untuk terus bersama kawan baik aku ni..tapi patutkah aku tinggalkan kawan baik aku ni sedangkan dia xnak aku hilang dari hidupnya..
dia memang sayangkan aku,dan ingin bersama aku setiap masa..
aku pun memang sayangkan dia,tapi aku sentiasa be prepair untuk sebarang kemungkinan..
so,aku pun tipu la gf dia tadi..padahal hubungan kitorang ni memang lebih dari seorang kawan dah..dah sebulan lebih aku xpernah lunch n dinner dengan orang lain selain kawan baik aku ni..pantang ada masa terluang je sebelum masuk clas,mesti kitorang g ronda2 semata2 nak berborak..padahal kitorang course lain,kelas lagi la xpnah dekat walau dalam satu universiti.
namun semua tu xjadi halangan bagi kitorang..time xde clas je mesti kitorang sama2..
sb terlalu rapat ni la yang buatkan mulut orang bercakap tentang kami, semua orang anggap kami adalah pasangan kekasih, gf dia pun xterlepas la dari dengar gosip2 ni..
jadi perang dunia pun tercetus la..sampailah petang tadi ia makin tidak terkawal..
sb tu la kawan aku ni mintak tolong aku ckp dgn gf dia yang kitorang ni hanyalah kawan biasa..Alhamdulillah semuanya berjaya,keadaan sudah menjadi jernih..
tapi semua yang aku lakukan ni membuatkan kawan aku ni makin xnak lepaskan aku..
sedangkan aku sudah bersedia untk lepaskan dia ke jalan yang dia lalui sebelum aku muncul..
aku rasa lega sb kawan aku dah xkusut2..knapa perasaan aku jd begini?
sedangkan sebelum ni aku agak jeles n xmungkin lepaskan dia begitu saja..
tapi..yang aku rasakan sekarang,aku nak dia dan gf dia bersatu semula..
biarlah aku bawa diri aku ni dengan berbekalkan sekeping hati yang sunyi..
betulkah tindakan aku ni? sanggupkah aku kehilangan lagi??
aku xpaham apa yang harus aku lakukan..cuma yang aku tahu,aku mesti
buat kawan baik aku happy n xmemaksa dia dalam apa2 keputusan skalipun..
so,apa terjadi dengan hidup aku untuk hari2 seterusnya?? aku pun xtau..
tunggu dan lihat je la..
Sunday, April 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment